Monday, March 31, 2008

FITNA FILEM PENGHINAAN ISLAM

GPMS ingin menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pemimpin parti di Belanda yang mengeluarkan video pendek berjudul FITNA baru-baru ini.

Presiden GPMS, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS beranggapan inilah satu lagi contoh bagaimana tindakan dangkal mampu merosakkan cita dan aspirasi hubungan baik antara agama di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, saat dan ketika mana dunia sedang berusaha untuk mengecilkan jurang persefahaman antara agama, apa yang dilakukan oleh Geert Wilders adalah suatu yang wajar dikutuk oleh masyarakat dunia.

Belumpun lagi kemarahan masyarakat Islam reda dengan sikap bodoh dan buta sensitivity agama lukisan kartunis, Kurt Westergaard (yang disiarkan dalam akhbar Jyliands-Posten di Denmark)- apa yang dilakukan oleh Wilders mampu menyemarakkan lagi api kemarahan di kalangan masyarakat Islam.

Trend mengaitkan islam dengan segala macam imej keganasan WAJAR ditolak sama sekali oleh media perdana dunia.

GPMS beranggapan apa yang dilakukan oleh Wilders tiada kena mengena dengan kebebasan berucap dan menyatakan pandangan, ataupun freedom of expression, sebaliknya suatu usaha yang berniat jahat dan gemar bermain dengan api kemarahan umat Islam.

“Media perdana dunia seharusnya bersikap lebih tegas dan meminggirkan sama sekali sebarang bentuk penulisan dan penyiaran kreatif yang bersifat dangkal dan bodoh seperti ini.

Kita tidak mahu masyarakat terus didedahkan dengan elemen kreativiti yang bersifat Islamophobic- ataupun memburukkan mana-mana agama sekalipun,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, GPMS tidak melihat sebarang elemen positif pun yang dapat ditimba daripada amalan kreatif yang bersifat kurang ajar seperti ini.

“Masyarakat dunia dan media barat perlu sedar bahawa tindakan yang sedemikian sifatnya akan hanya menjemput sikap retaliasi dan memperteguh rasa benci antara agama, sementara pemimpin dunia sering bertemu dan bersetuju untuk memperkasa rasa persefahaman antara agama- tindakan individu seperti Westergaard dan Wilders, akan menjauhkan lagi ruang dan membentuk tembok kebencian baru.

GPMS mengesa agar masyarakat Malaysia menampakkan rasa kekesalan terhadap video FITNA ini dalam apa bentuk sekalipun. Ketidakpuasahan hati kita dengan benih kreatif yang buta sensitivity agama ini mesti dinyatakan secara jelas kepada dunia,”.

Ianya wajar dimulakan dengan kesungguhan kita untuk tidak sama sekali mencari dan mengakses laman web yang menyiarkan video FITNA ini. Mengakses untuk menonton FITNA adalah satu kemenangan besar kepada manusia seperti Wilders yang mungkin cuba mencari publisiti yang bersifat peribadi dan pentingkan diri.

GPMS mengharapkan agar generasi muda yang cukup dekat dengan medium intenet dan sebagainya, dapat menyebarkan idea agar laman web FITNA dapat dijauhi sama sekali. Kita ingin memberikan keyakinan kepada generasi muda bahawa tidak ada ruginya untuk tidak menonton FITNA- dan inilah pernyataan kebencian TOTAL kita kepada hasil kerja Wilders.

Walaupun mungkin Wilders tidak mewakili pandangan masyarakat Eropah dan Belanca secara keseluruhannya- GPMS mengharapkan EU dan kerajaan Belanda dapat memainkan peranan untuk menidakkan lebih banyak penghasilan karya bersifat rendah moral seperti ini di masa akan datang.

MAMU PENANG 2020

Assalamualaikum wbt......

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog nie. Terasa gatai lak tangan nie nak menulis balik segak dua menjak perkara-perkara hangat yang dok berlaku kat dalam negara kita yang dicintai nie. Macam lirik lagu nie nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza.....

Betapa ku cinta padamu

Katakanlah kau cinta padaku
Sematkan aku di hatimu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu.....

Persoalannya adalah adakah kita benar-benar cintakan Agama, Bangsa dan Tanahair.....?
Sebelum aku terus menulis aku nak pasang lagu kebanggaan Malaysia.....bangun semua, berdiri tegak, jangan dok teraba sana sini.....be serius gentlemen.....dah siap dengarkanlah lagu nie dan hayatilah senikatanya......