Saturday, June 21, 2008

PETUA ISI MINYAK

ONLY BUY OR FILL UP YOUR CAR OR BIKKIE IN THE EARLY MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the denser the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening.... your litre is not exactly a litre.
In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products play an important role. A 1degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.

ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN YOUR TANK IS HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation.
Unlike service stations, here where I work, every truck that we load is temperature compensated, so that every litre is actually the exact amount.

WHEN YOU'RE FILLING UP, DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER OF THE NOZZLE TO A FAST MODE. If you look, you will see that the trigger has three (3) stages: low,middle, and high. In slow mode, you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created, while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for Your pitih..duitlah tu. Ini fakta bukan auta.

ANOTHER REMINDER, IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING INTO THE STORAGE TANKS, WHEN YOU STOP TO BUY, DO NOT FILL UP - most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.

Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Sunday, June 15, 2008

Minda Pembaca: Kerajaan Malaysia tanggung berbilion ringgit subsidi kepada Singapura

Oleh Reformis Muda
Jumaat, 13 Jun 2008

MUNGKIN diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.

Namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.

Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura

Walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura.

sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma?

apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura?

tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

lihat perjanjian tersebut .

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962

  1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
  2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
  3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
  4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
  5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.


PERJANJIAN AIR 1990

  1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
  2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
  3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.

tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.

4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.

Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.

Sumber: http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1606&Itemid=74



Wednesday, June 4, 2008

MINYAK OH MINYAK

Umum kita semua telah mengetahui hari ini seluruh Malaysia nilai minyak berunsur bahan api telah naik dengan begitu drastik setelah diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Amat mengejutkan kerana kenaikan ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara. Ada pihak akan merasa gembira dan pastinya ramai di kalangan rakyat Malaysia akan merasa kecewa dan tertekan dengan kenaikan ini terutamanya rakyat berpendapatan rendah (Pendapatan bawah RM2000.00)

SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA
sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

Zaman Pak Lah kita mula memerintah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Tengah Malam ini (05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )

Pelbagai kesan boleh terjadi dengan kenaikan ini terutamanya berkaitan dengan harga bahan makanan samada kering atau basah. Sudah pasti sekali lagi rakyat perlu bersedia untuk kenaikan harga barangan runcit pada bila-bila masa ketika ini termasuklah kos pengangkutan dan sebagainya.

Rakyat sebenarnya agak kecewa apabila kenaikan ini dikuatkuasakan serta merta pada 5 Jun 2008 dengan keadaan semasa terutamanya harga barangan runcit yang tidak stabil dan berlaku kenaikan di sana sini. Lebih bertambah duka lara dan kekecewaan rakyat setelah secara umumnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad mengatakan bahawa harga minyak akan dinaikkan pada Ogos ini adalah meleset sama sekali. Seperti tidak ada intonasi atau keseragaman di dalam kabinet sendiri di mana Menteri bertanggungjawab memberikan informasi berbeza dengan Perdana Menteri. Ketidakseragaman ini boleh membuka mata rakyat haluan berbeza ahli jemaah menteri. Sepatutnya kenyataan media secara "anggapan" atau pertimbangan 50 - 50 tidak boleh dimainkan oleh menteri berkenaan kerana rakyat telah meletakkan kepercayaan dan kesediaan untuk menghadapi kenaikan minyak seperti yang dinyatakan pada Ogos oleh menteri terbabit. Dengan pengumuman Perdana Menteri semalam menunjukkan ketidaksamaan atau keserasian pandangan antara menteri terbabit dengan perdana menteri ditambahkan lagi dengan kenaikan luar jangkaan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ketika ini adalah pihak luar terutamanya rakyat dari negara jiran boleh membeli petrol, diesel dan ngv pada harga semasa. Kita sedia mengetahui bahawa kos bahan api di negara jiran adalah lebih tinggi dari Malaysia. Persoalannya adalah siapakah yang sebenarnya menikmati "Subsidi" yang diwar-warkan ini. Adakah rakyat Malaysia atau rakyat negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Ini menunjukkan seakan-akan seperti perpatah melayu "kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan". Jadi siapakah rakyat sebenarnya? Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak kerajaan. Sepatutnya rakyat perlu lebih menikmati "subsidi". Memang benar rakyat diberikan imbuhan tunai RM625 untuk setahun. Persoalannya adalah cukupkah nilaian berkenaan dengan keadaan semasa yang tidak menentu terutama hal berkaitan harga barangan runcit. Semesti pihak peniaga akan mula untuk menaikkan harga barangan mereka tidak lama lagi alasan adalah kerana kenaikkan harga minyak. Mungkin selepas ini harga roti canai akan naik RM1.50 sekeping. Ini yang dikhuatiri oleh rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah bawah RM2000 sebulan.

Kerajaan perlu mencari mekanisme pengagihan minyak pada rakyat negara jiran mengikut harga pasaran dinegara mereka sendiri supaya tidak berlaku ketirisan "subsidi" rakyat kepada rakyat asing. Sekiranya pihak kerajaan gagal mengkaji mekanisme ini rakyat akan nampak dengan jelas siapakah "kera dihutan disusukan" dan siapakah "anak dirumah mati kelaparan".

Walaubagaimanapun ada pihak di Malaysia akan merasa gembira dengan kenaikan ini terutamanya pengusaha-pengusaha kereta sewa. Bayangkan sekiranya seorang pengusaha berkenaan mempunyai 30 buah kereta di bawah nama yang sama. Sudah pasti mereka ini akan tersenyum lebar menikmati durian runtuh dari kerajaan. Cuba kita kaji penggiraan di bawah:-

1 Kereta = RM625 setahun
30 kereta = RM625 x 30 = RM18,750 setahun.

Oleh yang demikian pengusaha ini akan menikmati durian runtuh sebanyak RM18,750 setahun dari hari pengusahaan kereta sewa ini. Sedangkan pengusaha ini tidak perlu membayar nilaian petrol yang membayarnya adalah pengguna kereta sewa berkenaan. Dengan hanya memiliki 30 buah kereta sewa dalam setahun RM18,750 diperolehi secara percuma. Amat lumayan dan beruntung golongan ini. Sekali gus boleh mereka boleh menambah bilangan kereta sewa tambahan setiap tahun sekurangnya 5 - 6 buah denga bayaran tunai bagi kereta terpakai. Bagi golongan ini perlu bersyukur kerana nikmat yang diperolehi. Kepada mereka yang mempunyai jumlah kereta yang banyak akan menikmatinya dengan lebih nilai.

Persoalan sekarang ini adalah adakah akan berlaku siri-siri kenaikan harga bahan api pada bulan-bulan berikutnya. Mungkin Ogos ini kita akan menerima berita duga sekali lagi dengan kenaikan susulan. Mengikut penggiraan ada ura-ura menyatakan bahawa harga bahan api mentah "Crude Oil" boleh mencecah USD220 setong sehingga penghujung tahun ini. Sama-samalah kita rakyat Malaysia memerhati dengan mata hati drama swasta bertaraf global ini dan bersiap sedialah seluruh rakyat Malaysia untuk menghadapi segala kemungkinan perubahan corak dagangan antarabangsa yang berbentuk speculative terhadap bahan-bahan komoditi ini.

Apa yang perlu kita ingat adalah bukan hanya kita di Malaysia sahaja menghadapi masalah ini akan tetapi seluruh penduduk dunia ketika ini amat runsing dengan perubahan dagangan global secara drastik ketika ini. Apa yang penting kerajaan yang dipilih perlu memainkan peranan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat diutamakan. Sebagai rakyat berdoalah kepada Yang Maha Esa supaya nasib kita semua terbela.

Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Tarif Elektrik Naik Mulai 1 Julai

Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.

Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan
membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.

Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

new electricity tariffs 040608 bm versionManakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kilometer, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi (lihat jadual).

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengumumkan struktur baru harga itu dalam satu sidang akhbar jam 12 tengahari esok.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web Pejabat Perdana Menteri]

Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

Bagi kategori-kategori lain:

bullet buttonTarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

bullet button Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen.

Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.

bullet button Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20

bullet button Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.

Petrol Naik 78 sen, Diesel RM1

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 04Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 03Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.

Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.

Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.

petrol price hike new price 040608 bm version


















http://www.malaysiakini.com/news/83941

Tuesday, June 3, 2008

THE RACIST CARD

By Tun Dr. Mahathir Mohamad

[EDISI BAHASA MELAYU DI BAWAH ARTIKEL INI]

It is strange that whenever people like Param Cumaraswamy accuse others of being racist they end up by exposing the racist in them. For them you are racist only if you talk about Malays and their need to catch up with other races. If you talk of the imagined plight of other races in Malaysia, and make ridiculous statements that the Tamil Indians in Malaysia are facing “ethnic cleansing” when you know that no such thing is happening, it is not racist.

It is only in Malaysia that people of immigrant origins, so identified by their insistence on being linked race-wise with their countries of origin, are actually accepted as citizens.

In other countries including the much-admired democracies of the West, citizens are not linked to or classified by their countries of origin. They speak the national language habitually, go to schools where the national language is the medium of instruction and adopt the culture of the indigenous people, or at least the people who originally founded these countries (the indigenous people having been systematically wiped out).


But in Malaysia although the national language is the language of the indigenous people, many Malaysian citizens cannot speak the language, much less use it habitually in their homes and with fellow citizens. Whenever some foreigner speak Bahasa Malaysia to them, they would reply in English. Foreigners cannot understand why they seem to downgrade their national language. And yet these citizens question why there is, for practical purpose, no Bangsa Malaysia.

Schools using languages of the countries of origin are not only permitted but are actually financed by the Government. Try and find such schools in South East Asia or in the so-called liberal developed countries where they claim there is no racial discrimination. There are actually more Indians in the United Kingdom than in Malaysia. But there is not a single school where the teaching medium is in any of the Indian languages.

People like Param would not notice all these. Instead he sees the effort to bring up the indigenous people to the level of the non-indigenous people as racist. Arrogantly he seems to want the indigenous people become the deprived in their own country.

I admit that I spoke on “Ketuanan Melayu” in Johor. The Malay intellectuals have been talking about this for a long time. There was no suggestion about them being racist or that they should be detained under the Internal Security Act (ISA).

I spoke on this issue critically as I consider that claiming to be masters when you are not is ridiculous. How can the Malay driver driving a car belonging to someone else regard himself as the “Tuan” and the owner of the car as inferior to him? Actually it is the owner and his employer who is the “Tuan”.

In my speech my advise to the Malays is to acquire knowledge and skills and use them to enrich themselves for only then can they be regarded by their servants and employees as “Tuan”.

Is this seditious or near seditious? Is speaking about Malays and their needs seditious?

On the other hand let us consider the Hindraf memorandum to the British. Most people including Indians have not read it. To gain the support of the Tamil Indians, Hindraf demands that the British compensate every Tamil Indian in Malaysia one million pounds sterling (about RM 7 million). That should tempt even middle-class Indians. Surely Indian workers would fall for it.

The Hindraf memorandum also contains the following extracts which are obviously racist;
1) “Commonwealth ethnic Indian peace loving subjects in Malaysia persecuted by Government backed Islamic extremist violent armed terrorist who launched a pre-dawn violent armed attack and destroyed the Kg Jawa Mariamman Hindu temple at 4.00am this morning (15.11.07)”.

2) “Appeal for United Kingdom to move emergency United Nations Resolution condemning “Ethnic Cleansing” in Malaysia”.

I will not quote other highly inflammatory remarks found in the Hindraf memorandum. However I would like to mention the threat made by Hindraf in its conclusion;

“We fear that the peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils”.

Is Hindraf planning to make Malaysia a Southeast Asian Sri Lanka?

I don’t believe the majority of the Tamils in Malaysia would agree with the picture painted by Hindraf. Unfortunately, like the Malays, few of them read the actual memorandum. And so they support Hindraf blindly.

But if you read what I have quoted would you not conclude that Hindraf and Param Cumaraswamy, who objected to their detention under the ISA as racist especially as his desire to have me detained under the Act for telling the Malays to realise that they are not “Tuan” when they have to clean the shoes of others. If they want to be “Tuan”, then they must acquire the skills and knowledge to succeed in life. And when they succeed they would be highly regarded whether they are called “Tuan” or not.

It seems that according to Param Cumaraswamy talking about Malays is seditious.

Who is racist; Param Cumaraswamy or Dr Mahathir?

I am not going to call for his detention.

He should as a lawyer who understands the law, decide whether he is a racist and should be detained or not.

*************


[EDISI BAHASA MELAYU]

Perkauman Sebagai Modal

Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.

Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.

Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).

Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.

Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.

Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.

Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.

Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?

Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.

Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:

1) “Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.

2) “Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.

Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;

“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”

Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?
Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.

Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.

Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.

Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?

Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.

Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

http://www.chedet.com

MELAYU DI PERSIMPANGAN


Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Rentetan perbahasan awal saya mengenai Ketuanan Melayu dan Ketuanan rakyat dalam tulisan yang lalu, kini timbul satu lagi persoalan di kalangan orang Melayu.

Melayu kini berada di persimpangan antara kelompok yang ingin terus kekal sebagai satu bangsa Melayu yang moderate (sederhana) seperti UMNO hari ini, dengan kelompok liberal yang mahu menukar segala kepentingan Melayu atas prinsip kesamarataan.

Malah terdapat satu kumpulan Melayu lagi yang mahu kembali ke sifat ultranya yang tidak mahu bertolak ansur terhadap sebarang keadaan yang membabitkan kepentingan orang Melayu.

Elok difahami apakah makna ultra, moderate dan liberal ini.

Ultra ini merujuk kepada kumpulan eksterim yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi menjaga kepentingan kaumnya tanpa mempedulikan kesan dan akibat tindakan tersebut.

Manakala moderate merujuk kepada kumpulan yang bersederhana dalam setiap tindakan. Melihat keadilan sebagai matlamat utama tanpa menjejaskan kepentingan bangsanya. Sentiasa melihat kepentingan pelbagai bangsa atau kaum tanpa menjejaskan kepentingan puaknya.

Puak Liberal pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda. Sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata.

Dilema ini bukan sahaja di kalangan orang Melayu dalam UMNO malah juga Pas. Hari ini kita melihat Pas telah berubah dari sebuah parti ultra Islam kepada sebuah parti liberal Islam.

Dari sebuah parti yang mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjsama dengan bukan Islam, yang menolak IFC, menolak murtad kepada parti yang bersengkongkol dengan DAP dan sanggup menurut telunjuk DAP. Pas yang dulunya ingin menutup pusat arak, judi dan maksiat kepada sebuah parti yang membenarkan pusat-pusat tersebut beroperasi. Malah Dr. Hasan Ali sudah mendakwa dalam DUN Selangor, bahawa Pas hari ini memperjuangkan kesamarataan antara agama.

Boleh dikatakan Pas hari ini sudah menjadi sebuah parti Islam liberal yang telah menguburkan segala prinsip perjuangan negara Islamnya.

PKR pula ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas asas untuk menarik mereka yang tidak setuju dengan Pas dan UMNO. Bolehlah dikatakan bahawa parti ini parti oportunis liberal. Mereka hanya menarik sesiapa sahaja orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan Pas tanpa apa-apa agenda khusus untuk orang Melayu.

Parti ini juga bolehlah dikatakan menggunakan pendekatan popular untuk menarik sokongan hingga menyebabkan ia tidak mempunyai prinsip perjuangan yang jelas. Parti seperti ini tidak akan dapat bertahan lama dalam negara kita. Datuk Onn Jaafar telah mencuba pendekatan Anwar melalui IMP dan akhirnya gagal bertahan lama.

Persimpangan terbesar orang Melayu pastinya di dalam UMNO.

Kelompok pertama ingin UMNO terus kekal sebagai sebuah parti yang moderate memperjuangkan hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan Sultan Melayu dikekalkan dalam status quo sedia ada. Bagi kumpulan ini keadilan mengakari perjuangannya, iaitu meletakkan yang hak ditempatnya terutama yang membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Manakala kumpulan kedua melihat UMNO perlu berubah dengan lebih terbuka melepaskan beberapa kepentingan Melayu demi mendapat sokongan yang lebih banyak dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun teori menjadi liberal ini akan membantu menarik kembali sokongan belum ada bukti sahih, namun sudah terdapat pemimpin UMNO yang mempercayainya. Suara-suara mendesak liberalisasi dalam UMNO sudah kedengaran.

Seperti biasa bila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan. Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta,

Pada hemat saya, orang Melayu perlu mengekalkan suara moderate atau sederhana seperti UMNO hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea eksterim ini.

Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.

Ketika Melayu menjadi liberal, saya percaya akan muncul kumpulan-kumpulan ultra bangsa lain seperti Hindraf dan Dong Jia Zhong. Mereka mahukan orang Melayu menjadi liberal tetapi mereka sendiri bergerak ke arah ultra.

Hindraf misalnya memperjuangkan kedudukan kaum India sehingga memfitnah orang melayu melakukan penghapusan etnik. Manakala Dong Jia Zhong pula menolak usaha kerajaan mewujudkan Sekolah Wawasan. Apakah tindakan dua kumpulan ini bukan bercorak ultra? Apakah kemenangan DAP bukan merupakan kemenangan berunsur perjuangan ultra Cina?

Jika Melayu menjadi liberal saya percaya banyak lagi kepentingan Melayu akan dikorbankan. Apakah hanya kerana mahu menang dalam pilihan raya maka kita mahu memperjudikan nasib anak bangsa kita akan datang?

Liberal memperjuangkan kesamarataan. Kesamarataan bukan keadilan. Kesamarataan hanyalah agenda kapitalis yang tidak berhati perut yang mahu melihat yang lemah terus tertinggal dan yang kuat terus menguasai yang lemah. Mereka juga menyokong idea tiada perbezaan antara agama yang bertentangan dengan akidah orang Islam; yang jelas memperkatakan bahawa Islam adalah agama tauhid yang mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah s.w.t.

Islam sebenarnya menolak kesamarataan tetapi menegakkan keadilan, yang mana meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dengan membenarkan agama lain dianuti oleh umat lain.

Inilah asas perjuangan orang Melayu yang moderate. Kami hanya mahu memastikan keadilan dilaksana dan terlaksana. Keadilan di sini ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi sesuatu kepada yang berhak.

Misalnya keadilan dalam konteks Malaysia ialah mengekalkan hak-hak orang Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan Bahasa Melayu seperti yang dipersetujui semasa kemerdekaan.

Dalam masa yang sama, Melayu moderate akan memastikan hak-hak orang bukan Melayu yang janji akan terus kekal. Ini termasuk memperakui kewarganegaraan mereka, hak mereka untuk mengundi, berniaga, mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing.

Bagi saya UMNO mesti kekal di landasan moderate yang berjuang menegakkan keadilan, menolak kesamarataan kerana jika UMNO berubah kepada lebih liberal, saya bimbang kaum lain tidak akan berbuat perkara yang sama dan akhirnya UMNO akan dilihat lebih banyak memberi apa yang orang Melayu miliki kepada bangsa lain.

Bagi saya, bangsa lain juga perlu mengorbankan kepentingan kaumnya bukan sahaja UMNO. Jika perpaduan nasional dan juga kesamarataan menjadi pilihan, bangsa lain perlu sanggup mengorbankan sistem pendidikan mereka seperti yang berlaku di negara Singapura. Jika tidak tiada sebab mengapa UMNO harus bergerak daripada moderate kepada perjuangan yang lebih liberal.

Kesilapan memilih jalan di tiga persimpangan ini akan menyebabkan UMNO tidak akan relevan kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Politik perkauman tidak akan dapat dileraikan dalam negara berbilang kaum yang mengamalkan perbezaan agama, budaya dan bahasa. Yang pentingnya bagaimana kita mencari persamaan di celah-celah perbezaan. Kerana persamaan itu akan membuahkan hasil ke arah pembentukan negara bangsa maju.

Jangan sampai UMNO berkorban dan terkorban kerana hanya memenuhi tuntutan bangsa lain. Takut nanti jadi seperti habis madu sepah dibuang; yang dikejar hilang entah di mana, yang dikendong bertaburan dipungut orang.

www.drkhir.com

Sunday, June 1, 2008

PANAS!!!! PANAS!!!! PENGAKUAN EZAM MOHD NOR

Pengakuan Ezam Mohd Nor
Jun 1, 08 11:25am

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.

Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.

Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.

Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.

ezam joins back umno 280508Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.

Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.

anwar hadi awang harun din germany 140904 gesturingDalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.

Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.

Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.

Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.

Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.

Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.

Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.

anwar khairy 150807Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.

Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.

Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).

Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".

Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.

ezam interview 310508 5Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.

Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.

Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.

Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.

Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.

ezam interview 310508 1Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.

Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.

Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar

ezam interview 310508 4Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.

Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.


Di petik dari Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/83760