“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.
Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”
Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.
“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.
Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”
Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”
sumber: Mstar Online
Mamupenang:-
Sama-samalah kita tunggu dan lihat kekuasaan Allah SWT yang mentadbir seluruh jagat raya. Sesungguhnya dan amat pasti hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya secara tersurat dan tersirat di seluruh alam semesta di langit dan di bumi.
Ya Allah Ya Tuhanku Kau ampunkan segala dosa-dosa yang ada pada diriku, ibu bapaku, isteriku, anak-anak ku, adik beradik ku, kaum keluarga ku, sanak saudara ku, rakan-rakan ku, guru-guru ku, pemimpin-pemimpin ku, alim ulamak, imam-imam dan seluruh masyarakat di Malaysia yang beragama Islam. Jauhilah dan hindarilah kami semua dari segala azab api nerakaMu dan azab balaMu Ya Allah. Peliharalah iman kami Ya Rahman Ya Rahim dan peliharalah kami dari azab seksaanMu.
Amin
No comments:
Post a Comment