Sunday, August 24, 2008

RAMLANG PORIGI HADIR DI PENTAS PAKATAN RAKYAT









KATA-KATA PENJELASAN IMAM MASJID WILAYAH USTZ RAMLANG PORIGI



AKU BERGEGAS KE YAYASAN AMAN SIDANG AKHBAR


1.DIARAHKAN OLEH ORANG ATASAN UNTUK MENJADI SAKSI

2.4 ORANG SAKSI

3.PADA HARI ITU LEPAS NIKAHKAN ORANG

4SUMPAH SAIFUL BUKAN BELIAU YANG ATUR.

5.SEMUANYA MUNGKIN OLEH PEGUAM DAN ORANG LAIN YANG TIDAK PERLU SAYA SEBUTKAN NAMANYA.

6.SUMPAH LAKNAT TERSEBUT ADALAH UNTUK BELIAU SENDIRI

7.APA YANG SAYA BELAJAR.MESTILAH DIHADIRI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SETELAH BUKTI DAK HABIS

8. TAPI KES BELUM BERJALAN

9INI BUKAN SUMPAH MUBAHALAH

10KALAU TGK MUKANYA BELIAU SEOLAH-OLAH RASA BERSALAH

11.KALAU BELIAU SEORANG YANG BERIMAN DAN KITA AKAN BERSA TAKUT SEBEBNARNYA.MUNGKIN TEKS YANG DISEDIAKAN ITU MENYEBABKAN BELIAU TIDAK RASA BERSALAH.

12 BEBERAPA KESALAHAN SEBUTAN

13.SEBUTAN TARIKH 26 OGOS YANG DISEBUT SAIFUL KENA 26. 6 .08

SUMBER DIPETIK DARI:-
http://wrlr.blogspot.com/2008/08/ramlang-porigi-hadir-di-pentas-pakatan.html

Surat Terbuka Buat Datin Seri Wan Azizah: Usah Bersandiwara Lagi

Assalamualaikum Kak Wan,

Sedih benar saya membaca rayuan Kak Wan kepada kaum ibu di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com. Kata Kak wan, apa salah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi mangsa politik kebencian. Mengapa keluarga Kak Wan harus menerima kempen kotor BN kononnya.

Kak Wan bertanya lagi, apakah tiada langsung jasa Datuk Seri Anwar kepada negara dan bangsa.

Kak Wan,

Memang sedih mendengar rintihan ini.

Soalnya, apakah pula perasaan Tun Dr. Mahathir ketika Anwar, Kak Wan dan para penyokong reformasi membuat pelbagai tuduhan dan gelaran? Mahafiraun, mahazalim, penghina hukum Allah, ada hubungan sulit dengan perempuan Cina, tidak solat subuh dan sebagainya.

Apakah Tun Dr. Mahathir dan keluarganya tiada jasa kepada negara? Apakah mereka tiada maruah dan harga diri seperti Kak Wan sekeluarga?

Demikian juga siapa yang memulakan taktik politik benci dan menyerang peribadi di Ijok? Bukankah Datuk Seri Anwar mempeloporinya?

Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib oleh Anwar. Seantero pekan Ijok dijaja oleh PKR bahawa Najib mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Menggunakan penyokong kuatnya Raja Petra Kamaruddin, Anwar membuat tuduhan lagi kononnya Datin Seri Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Mujur Datuk Seri Najib tidak mudah melatah lalu kepada Allah diserahi agar membuat pertimbangan. Dengan nasihat Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok.

Namun itu tidak menghalang Anwar terus membuat tuduhan dan fitnah. Itu juga tidak menghalang para penyokong PKR menjerit nama Altantuya setiap kali nampak kelibat Najib.

Apakah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tiada anak-anak dan keluarga yang terasa malu dengan tuduhan dan fitnah tersebut? Apakah mereka tiada kawan dan sahabat di sekolah?

Apakah maruah hanya milik keluarga Kak Wan sahaja?

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar. Apa pilihan Saiful lagi jika aduannya kepada Polis telah pula dikatakan satu fitnah. Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar anwar masuk ke dalam dubur saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar?

Bukankah parti Kak Wan sendiri yang memulakan kempen memburukkan Saiful sebaik sahaja beliau membuat laporan polis?

Sudahlah Kak Wan, jangan berlakon lagi seolah-olah keluarga Kak Wan yang menjadi mangsa. Sedangkan keluarga Kak Wanlah yang menjadi penghuru hara politik negara.

Jika diungkit lagi, apakah keluarga Tan Sri Rahim Tamby Chik juga tiada maruah dan harga diri apabila Anwar menggunakan media dibawahnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya suatu ketika dulu?

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tiada tahu langsung mengenai tabie luar biasa Anwar ini?

SUMBER DIPETIK DARI:- http://anwarisme.blogspot.com

Friday, August 15, 2008

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

sumber: Mstar Online


Mamupenang:-

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kekuasaan Allah SWT yang mentadbir seluruh jagat raya. Sesungguhnya dan amat pasti hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya secara tersurat dan tersirat di seluruh alam semesta di langit dan di bumi.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau ampunkan segala dosa-dosa yang ada pada diriku, ibu bapaku, isteriku, anak-anak ku, adik beradik ku, kaum keluarga ku, sanak saudara ku, rakan-rakan ku, guru-guru ku, pemimpin-pemimpin ku, alim ulamak, imam-imam dan seluruh masyarakat di Malaysia yang beragama Islam. Jauhilah dan hindarilah kami semua dari segala azab api nerakaMu dan azab balaMu Ya Allah. Peliharalah iman kami Ya Rahman Ya Rahim dan peliharalah kami dari azab seksaanMu.

Amin