Tuesday, May 20, 2008

Dr. Mahathir: Pengumuman Rasmi Tun Dr. Mahathir


Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.



UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Wednesday, May 7, 2008

PAKATAN RAKYAT PAKATAN KAFIR? BETUL KE

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).

Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).

Siapa yang tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. (Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999).

http://mymassa.com/myvoice/index.php?catid=1

satu artikel yanga agak bisa yang saya jumpa kat url diatas.

Rujuk kepada kata-kata Husam:

Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

"Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.

"Oleh kerana negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam.

Mamu dapat penyataan nie dari web tranganukite.....Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kena jawap nie....

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13998#388863

Sunday, May 4, 2008

PENYATUAN UMNO, PAS & PKR DEMI ISLAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Penyatuan UMNO, PAS & PKR adakah ia dpt dilaksanakan? Perkara ini semenjak dua menjak ini seringkali bermain-main di dalam fikiran Mamu. Adakah penyatuan ini boleh berhasil? Hanya Maha Pencipta dan Maha Pentadbir Sekian Alam sahaja mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

Subhannallah......alangkah baiknya jika perkara ini berlaku di dalam keadaan kekalutan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia ketika ini yang telah terpisah-pisah dengan idealogi politik masing-masing. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah telah menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar demi agama Allah.

Sepatutnya bangsa Melayu beragama Islam dan telah mengetahui sejarah kisah agung terdahulu yang dipersembahkan oleh Nabi Junjungan perlu dicontohi. Mungkin ada pihak tertentu akan membuat pelbagai andaian dan tohmahan bahawa Mamu ini berfikiran sempit dan kolot. Tetapi Mamu agar gusar dan resah dengan nasib bangsa Melayu beragama Islam ketika ini terpisah-pisah kerana idealogi politik. Sesungguhnya politik telah wujud sekian lama tetapi sekiranya kerana politk boleh membuatkan kita semua terpisah-pisah kerana idealogi maka perkara ini wajib kita semua beri penekanan bagaimana dan siapa yang perlu memulakannya dulu bagi penyatuan ummah.

Agak sedih ketika ini kita sesama Melayu beragama Islam bertelagah, bermasam muka dan berfikiran sempit dengan idealogi masing-masing serta meminggirkan aspek agama (ALIF) , bangsa (BA) dan tanahair (TA). Sedangkan bangsa lain sedang di dalam proses penyatuan untuk kepentingan mereka tetapi sebaliknya berlaku pada bangsa Mamu sendiri iaitu Melayu Islam.

Sesungguhnya adalah indah penyatuan UMNO, PAS & PKR demi ISLAM. Hanya itu sahaja asas yang boleh menyatukan kita semua seperti mana yang telah ditonjolkan di dalam sejarah Hijrah dengan kebijaksanaan dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW. Bangsa Melayu adalah bangsa yang rapuh dan mudah goyah dengan fahaman bawaan manusia seperti politik ini. Maka kita mudah taksub dan bermegah-megah tanpa memikirkan akibatnya kelak. Mungkin kita kurang membaca atau mengkaji sejarah kejatuhan bangsa Melayu terdahulu seperti kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Cuba kita kaji di mana silapnya era Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukankah kejatuhannya adalah kerana idealogi dan faktor dendam kesumat. Sekiranya kita tidak mahu 'Pandang Belakang' seketika dan mengkaji maka kita akan terus dibuai kealpaan pada masa akan datang. Mungkin bangsa Melayu hanya tinggal nama sahaja.

Tetapi perlu diingat sesungguhnya bangsa Melayu mudah bersatu kerana Agama iaitu ISLAM. Hanya ISLAM adalah jalan penyatuan bangsa Melayu ketika ini. Perlu ada kesungguhan dari ketiga-tiga pakatan UMNO, PAS dan PKR untuk melihat secara mendalam aspek ini sekiranya ingin melihat bangsa Melayu tidak dilayu-layukan oleh bangsa lain. Janganlah kita menyalahkan di antara satu sama lain dalam hal ini. Fikirkanlah halatuju bangsa Melayu beragama Islam dan seluruh rakan-rakan Islam kita yang lain.

Mamu ada beberapa orang kenalan di Singapura. Sesungguhnya Melayu di Singapura ketika ini risau dan resah dengan saudara sebangsanya di Malaysia yang makin berenggangan kerana idealogi politik. Apa tidaknya sekiranya saudara sebangsa di Malaysia goyang dan rapuh di seberang Tambak Johor bagaimana pula nasib mereka yang hanya kurang dari 500,000 Melayu di Singapura. Sudah pasti mereka bergantung harap pada saudara-saudara di Malaysia untuk kukuh dan utuh dengan kesepakatan yang tinggi supaya bangsa Melayu tidak mudah diganggu-gugat.

Semoga hasrat penyatuan Melayu Islam dari ketiga-tiga pihak ini akan dapat direalisaikan oleh semua. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang mampu memakbulkannya. Kita hanya mampu berdoa dan berserah. Akhir sekali Mamu pertontonkan sedutan video dari kisah Wali Songo.

Wallahualam.
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/