Sunday, May 4, 2008

PENYATUAN UMNO, PAS & PKR DEMI ISLAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Penyatuan UMNO, PAS & PKR adakah ia dpt dilaksanakan? Perkara ini semenjak dua menjak ini seringkali bermain-main di dalam fikiran Mamu. Adakah penyatuan ini boleh berhasil? Hanya Maha Pencipta dan Maha Pentadbir Sekian Alam sahaja mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.

Subhannallah......alangkah baiknya jika perkara ini berlaku di dalam keadaan kekalutan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia ketika ini yang telah terpisah-pisah dengan idealogi politik masing-masing. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah telah menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar demi agama Allah.

Sepatutnya bangsa Melayu beragama Islam dan telah mengetahui sejarah kisah agung terdahulu yang dipersembahkan oleh Nabi Junjungan perlu dicontohi. Mungkin ada pihak tertentu akan membuat pelbagai andaian dan tohmahan bahawa Mamu ini berfikiran sempit dan kolot. Tetapi Mamu agar gusar dan resah dengan nasib bangsa Melayu beragama Islam ketika ini terpisah-pisah kerana idealogi politik. Sesungguhnya politik telah wujud sekian lama tetapi sekiranya kerana politk boleh membuatkan kita semua terpisah-pisah kerana idealogi maka perkara ini wajib kita semua beri penekanan bagaimana dan siapa yang perlu memulakannya dulu bagi penyatuan ummah.

Agak sedih ketika ini kita sesama Melayu beragama Islam bertelagah, bermasam muka dan berfikiran sempit dengan idealogi masing-masing serta meminggirkan aspek agama (ALIF) , bangsa (BA) dan tanahair (TA). Sedangkan bangsa lain sedang di dalam proses penyatuan untuk kepentingan mereka tetapi sebaliknya berlaku pada bangsa Mamu sendiri iaitu Melayu Islam.

Sesungguhnya adalah indah penyatuan UMNO, PAS & PKR demi ISLAM. Hanya itu sahaja asas yang boleh menyatukan kita semua seperti mana yang telah ditonjolkan di dalam sejarah Hijrah dengan kebijaksanaan dan kewibawaan Nabi Muhammad SAW. Bangsa Melayu adalah bangsa yang rapuh dan mudah goyah dengan fahaman bawaan manusia seperti politik ini. Maka kita mudah taksub dan bermegah-megah tanpa memikirkan akibatnya kelak. Mungkin kita kurang membaca atau mengkaji sejarah kejatuhan bangsa Melayu terdahulu seperti kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Cuba kita kaji di mana silapnya era Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bukankah kejatuhannya adalah kerana idealogi dan faktor dendam kesumat. Sekiranya kita tidak mahu 'Pandang Belakang' seketika dan mengkaji maka kita akan terus dibuai kealpaan pada masa akan datang. Mungkin bangsa Melayu hanya tinggal nama sahaja.

Tetapi perlu diingat sesungguhnya bangsa Melayu mudah bersatu kerana Agama iaitu ISLAM. Hanya ISLAM adalah jalan penyatuan bangsa Melayu ketika ini. Perlu ada kesungguhan dari ketiga-tiga pakatan UMNO, PAS dan PKR untuk melihat secara mendalam aspek ini sekiranya ingin melihat bangsa Melayu tidak dilayu-layukan oleh bangsa lain. Janganlah kita menyalahkan di antara satu sama lain dalam hal ini. Fikirkanlah halatuju bangsa Melayu beragama Islam dan seluruh rakan-rakan Islam kita yang lain.

Mamu ada beberapa orang kenalan di Singapura. Sesungguhnya Melayu di Singapura ketika ini risau dan resah dengan saudara sebangsanya di Malaysia yang makin berenggangan kerana idealogi politik. Apa tidaknya sekiranya saudara sebangsa di Malaysia goyang dan rapuh di seberang Tambak Johor bagaimana pula nasib mereka yang hanya kurang dari 500,000 Melayu di Singapura. Sudah pasti mereka bergantung harap pada saudara-saudara di Malaysia untuk kukuh dan utuh dengan kesepakatan yang tinggi supaya bangsa Melayu tidak mudah diganggu-gugat.

Semoga hasrat penyatuan Melayu Islam dari ketiga-tiga pihak ini akan dapat direalisaikan oleh semua. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang mampu memakbulkannya. Kita hanya mampu berdoa dan berserah. Akhir sekali Mamu pertontonkan sedutan video dari kisah Wali Songo.

Wallahualam.
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/



No comments: