Thursday, April 24, 2008

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal
yaitu:

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang
Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit
Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari
Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit
Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahad....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk
Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan... Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata
Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan
Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri Padahal, karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku

Hari Ini,.... Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi
kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati
(maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk
bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Alhamdulillah, Anda beruntung telah
terpilih untuk mendapatkan
kesempatan membaca ...
Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Mari berlumba dalam melakukan kebaikan.

"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA
datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana
matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Friday, April 11, 2008

APA KEJADAH SEMUA INI


Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Kenapa agaknya Mamu beristifar panjang kali ini? Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya dan pasti ada yang telah dapat tangkap kenapa Mamu beristifar panjang.

Aib! Aib! Aib! Amat Aib!

Gerangan siapakah yang punya angkara dan idea sehingga boleh melukis karikatur lelaki berjubah dan berserban menunggang seekor Khinzir? "YA ALLAH YANG MAHA PENGASIHANI DAN MAHA PENGAMPUN. KAU AMPUNKAN LAH PERILAKU MEREKA YANG TELAH MELAKUKAN PERKARA INI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENGETAHUI SETIAP APA YANG ADA DI ALAM SEMESTA INI. AMIN"

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Tidakkah saudara dan saudari yang mencetuskan idea melukis karikatur ini sama seperti GEERT WILDERS dan JYLLANDS POSTEN yang menghina ISLAM dengan FILEM FITNA dan KARIKATUR NABI MUHAMMAD. JUBAH dan SERBAN adalah pakaian Nabi Muhammad S.A.W. Tidakkah saudara dan saudari terfikir perkara ini. Sesungguhnya walaupun ianya hanyalah pakaian semata-mata tetapi ia adalah SUNNAH RASULLULAH. Ada Hadis yang menyatakannya. Cuba cari dan selak balik Hadis berkenaan.

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Di manakah letaknya nilai-nilai agama dan akhlak saudara dan saudari yang melukis karikatur ini? Menangislah mohon ampun pada ALLAH S.W.T sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Ini celaan pada Agama Islam namanya samada sedar atau tidak. Janganlah bermain-main dengan hal Al-Quran dan Hadis Rasullulah S.A.W.

Sudah hilangkah pertimbangan saudara dan saudari. Sungguhpun saudara dan saudari marah pada pihak pemerintah di Selangor, gunakanlah akal yang waras bersertakan iman. Pasti perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Lihat apa jadi bila emosi dan dorongan nafsu ammarah menguasai diri. Sudah tentu syaitan akan membisikan hawa nafsu terlampau tanpa disedari untuk memesongkan akidah anak-anak Adam secara diam dan terperinci.

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Sedangkan kita ketika ini dihina oleh pelbagai jenis manusia durjana diluar sana tentang Islam, Mamu tidak menyangka perkara seumpama ini boleh berlaku depan mata seluruh sekalian rakyat Malaysia dengan terlukisnya karikatur ini. Pihak berwajib terutamanya Jabatan Agama Islam seluruh negeri dan Majlis Fatwa perlu dan wajib turun padang untuk memperjelaskan perkara ini pada umum pendirian dan kesannya pada umat Islam di Malaysia.

Rata-rata yang memampang poster berkenaan adalah Melayu Beragama Islam. Apa nak jadi dengan kalian semua. Ingatlah janji Allah "Sesungguhnya azabNya amat pedih". Kembalilah pada Maha Pencipta dan mohonlah ampun bersungguh-sungguh dan bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan sebelum Malaikat Izrail datang menghampiri kalian semua.

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Wahai saudara dan saudari UMNO, PAS dan PKR. Fikir-fikirkanlah nilai Agama Islam. Jangan kerana politik yang hanya semata-mata dunia boleh mengheret kita semua ke Neraka Jahannam. Gunakanlah akal dan iman yang diberikan oleh Allah kepada kalian semua untuk berfikiran rasional dan waras. Cukuplah Islam diaibkan oleh Yahudi dan Nasrani jangan pula kita beragama Islam mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Mamu berharap janganlah ada dikalangan kita semua jadi seperti mereka ini pada masa akan datang. Beristifarlah semua pada yang Maha Esa.

Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......Astagfirullahalazim......
Astagfirullahalazim......

Sebelum Mamu mengundur diri sama-samalah kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan sedekahkanlah Baginda dengan Umul Kitab Al-Fatihah. Semoga Allah merahmati kita semua hendakNya.



Wallahuallam
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Thursday, April 10, 2008

ANAK KECIL MAIN API.....



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

HAYATILAH SENIKATA LAGU INI SATU PER SATU WAHAI SAUDARA UMNOKU KEMBALILAH BERSATU HATI DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

Wednesday, April 9, 2008

KHINZIR OH KHINZIR

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Mamu seperti telah menjangkakan perkara ini akan berlaku di dalam negeri-negeri yang diperintah oleh pihak PKR, DAP dan PAS. Tetapi Mamu tak menyangkakan pula perkara ini timbul begitu cepat kurang dari setahun pemerintahan pihak berkenaan.

Apabila Theresa Kok menyatakan hasrat kerajaan negeri Selangor akan meluluskan projek penternakan khinzir moden di Sepang bernilai RM100 juta, Mamu telah menjangkakan pasti akan jadi perbahasan di antara semua pihak tidak kira samada pihak memerintah atau pembangkang.

Bagi Mamu sekiranya projek ini bertujuan untuk mengumpulkan seluruh binatang ternakan ini yang ada di dalam Malaysia untuk diuruskan dan dikawal selia dengan cara sistematik, moden dan berpusat (centralise) dengan niat supaya dapat menghentikan seluruh penternakan di negeri-negeri lain perkara ini harus disokong.

Alasan untuk menyokong bagi projek ini adalah mudah bagi Mamu sekiranya perkara di bawah ini dapat direalisasikan oleh pihak berkenaan sekiranya ia dijadikan sebagai batu asas projek:-

  1. Dapat menggurangkan jumlah ladang-ladang ternakan yang sah atau tidak yang diusahakan selama ini di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. Secara tidak langsung negeri-negeri lain bebas dari urusan tadbir selia khinzir.
  2. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Seperti kita semua sedia maklum bahawa pencemaran dari najis khinzir ini adalah amat berat dan kritikal ketika ini. Oleh itu dengan cara moden dan berpusat dapat mengurangkan pencemaran di negeri lain samada pencemaran air atau bau.
  3. Pelaksanaan projek ini juga dapat mengurangkan wabak penyakit berkaitan dari hal khinzir seperti JE (Virus Nipah) kerana ianya hanya akan melibatkan satu sahaja kawasan kerana mengambi kira sistem berpusat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung kawalan penyakit dari binatang ternakan berkenaan tidak merebak ke negeri-negeri lain. Hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.
  4. Hasil penternakan ini hanyalah untuk keperluan penduduk bukan Islam di dalam Malaysia sahaja dan bukan untuk dieksport. Alasannya adalah mudah, kerana ia dapat dikawal jumlah ternakan mengikut permintaan tempatan. Akan tetapi sekiranya diambil dari aspek eksport maka sudah tentu jumlah akan bertambah. Seperti sedia maklum bertambah jumlah bermakna bertambah masalah. Jadi aspek kawalan jumlah juga perlu diambil kira.
  5. Apakah jaminan yang akan diberikan oleh pihak pelaksana kepada seluruh penduduk terpilih ini? Sedangkan kawasan mereka ini akan diurus dan diusahakan secara besar-besaran dan berskala besar. Diharapkan pihak pemerintah baru telah menyediaka secukupnya jaminan bagi perkara ini supaya mereka ini tidak dianaktirikan dan teraniaya.
Sekiranya perkara yang dinyatakan di atas ini diambil kira bagi pembinaan projek ternakan khinzir yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor ketika ini kita semua harus setuju. Akan tetapi sekiranya perkara ini gagal dilaksanakan dan menambah buruk lagi keadaan dengan adanya projek ini seluruh rakyat Malaysia wajib membantah. Di dalam keadaan ini semua rakyat Malaysia perlu melihat dari aspek kebaikan dari keburukan.

Apa yang menjadi persoalan ketika ini yang bermain di dalam fikiran rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kenapa ISU KHINZIR ini diketengahkan dulu oleh pihak PKR, DAP dan PAS sedangkan perkara-perkara lain yang dijanjikan di dalam manifesto adalah lebih mustahak dan relevan untuk dilaksanakan seperti isu bil air di negeri Selangor. Kenapa agaknya? Ini yang menjadi persoalan semua dan pasti ada agenda disebaliknya.

Hanya dinasihatkan kepada pihak pemerintah yang baru ini dapat mengetengahkan perkara yang tidak ada bersangkutan dengan perkara-perkara yang ada mengaitkan sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Islam seperti Mamu dan yang lain-lain. Perkara ini amat sensitif sebenarnya dan boleh merobek dan menguris setiap hati orang Islam sekiranya projek ini gagal dilaksanakan seperti yang dicanang-canangkan.

Banyak perkara-perkara lain yang perlu juga dilihat terutamanya pihak pemerintah kerana suatu ketika dulu pihak pembangkang seringkali mencemuh pihak kerajaan berkenaan isu ini. Dan ketika ini pihak pemerintah baru perlu berhati-hati supaya tidak dikatakan 2 x 5 atau "Mengata dulang paku serpih mengata orang engkau lagi lebih". Diharapkan perkara ini tidak berlaku pada pihak pemerintah yang baru. Kepada pihak pemerintah terdahulu boleh melihat, mengkaji, belajar dan menambahbaik bagi menanggani isu seperti ini secara ilmiah dan menggunakan akal fikiran yang rasional bukannya menggunakan emosi pada masa akan datang.

Wallahualam
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Sunday, April 6, 2008

PAK DOLAH OH PAK DOLAH KU SAYANG

Assalamualaikum dan salam pejuangan,

Tertarik saya untuk menulis berikutan dengan kenyataan Pak Dolah kita nie. Dolah oh Dolah ku apa you dah buat pak dolah. Agak memalukan UMNO bila Pak Dolah cakap macam tu. Lagu mana nie Pak Dolah dendangkan nie. Lulur habis hati-hati orang UMNO dengar apa yang Pak Dolah cakap td.

Please Pak Dolah if you want to give reasons don't ever ever said something related to sabotage. Ini akan mengundang lagi haru biru. Orang UMNO sebenarnya nak kan jawapan yang lebih tepat dan jitu bukan dengan membuat andaian sabotaj atau menunding jari pada orang lain seperti TDM atau Ku Li. Kelantan Pak Dolah toksah kacau insyallah memang susah dah nak dapat balik kat UMNO. PAS dah sebati di Kelantan. Bila Pak Dolah kita nie cakap pasal Ku Li berderau darah saya. Apa taknya dijadikan Ku Li pulak dah Kambing Itam dalam kekalahan UMNO di Kelantan. Jangan marah orang UMNO semua, Kelantan adalah amat mustahil untuk dipatahkan oleh UMNO lebih-lebih lagi bila digunakan isu memburukkan Tok Guru di sana. Ini pantang tok nenek orang-orang Kelantan jangan disentuh keperibadian Tok Guru perkara nie tak akan dijadikan makan atau dedak untuk patahkan PAS di Kelantan. Makin kuat ada la. Itu kesilapan UMNO di Kelantan.

Kat Kedah, Perak, Penang dan Selangor lain isunya Pak Dolah bukan sabotag tuan. Nie faktor isu-isu berbangkit. Isu pemilihan Ahli Parlimen dan DUN yang tak dipersetujui oleh akar umbi jadi isu. Jangan lupa akar umbi dah bising awal-awal lagi masa penamaan calon Ahli Parlimen dan DUN bukan feveret akar umbi. Mana la tak lari ahli-ahli lain pangkah cap roket, cap bulan dan cap bulan gerhana. Itu satu isu. Isu paling besar tindakan kerajaan BN bawah kepimpinan Pak Dolah mengiakan kenaikkan harga barang domestik melampaui batas petrol, elektrik, astro, keperluan harian dan sebagainya sedangkan pendapatan bulanan kakitangan buruh nie kecil mana taknya berpaling tadah. Janji hanya tinggal janji.

Rakyat nak kan sesuatu jalan penyelesaian bagi perkara-perkara pokok bukannya disogok dengan pembangunan yang belum jelas. Macam TDM dulu projek canang jer majlis pecah tanah jalan sekali. So orang ramai nampak hasil akan bermula.Itu bezanya TDM dan Pak Dolah.

Sebenarnya banyak faktor-faktor lain jadi peranan kenapa tumbangnya 5 negeri ini. Jangan cakap ler masalah family kroni dan MT UMNO yang suka angguk-angguk geleng-geleng. Ini lagi tak digemari oleh ahli UMNO jangan katakan ahli UMNO rakyat yang tak ada parti pun meluat rasa nak muntah tindakan majoriti atasan UMNO macam burung kakak tua nak pencen. Masing-masing nak jaga kedudukan. Hancur-hancur. Ingatkan dah dapat punca nak keluar dari tali terbelit. Nampaknya makin kusut dan bertambah berbelit-belit.

Harap Pak Dolah kita nie bagi ler input atau data yang elok sikit jangan takat nak lepas batuk ditangga nak lepas diri. Orang la nie dah tak buta atau bodoh. Makin dicakap tak rasional lagi cepat rakyat nie fikir logik atau tak alasan berkenaan. Nie mesti burung-burung kakak tua tertinggi UMNO nie dah bagi input nak lepas tengguk masing-masing. Silap-silap tengguk korang yang nak kena pulas nanti.

Kepada ahli-ahli UMNO get ready ler yer semua, nampaknya akan berlaku atlit jaguhan-jaguhan lompat sana sini tak lama lagi. Silap-silap haribulan yang melompat nie ramai sangat kerajaan BN nie tinggal nama jer. Akan melompat girang lah pihak yang nak memerintah. Isyarat Pak Dolah melawan dengan emosi akan membawa kepincangan amat hebat nanti. Tak tahu lah apa nak jadi nanti. Sama-sama kita tgk drama swasta maha kelam kabut nie.

Bertindaklah wahai saudara UMNO semua untuk kebaikan UMNO. Jangan sampai UMNO jadi tak relevan dah nanti. Sama seperti sejarah Kesultanan Melaka jer hanya tinggal nama dan sebab penyebab kepincangan dan kejatuhannya saja akan diperdendangkan.

Wallahualam.
mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Friday, April 4, 2008

ISYARAT HISHAMUDIN PADA KJ

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Saya amat tertarik dengan isu bila Hishamudin mengatakan hasrat tidak akan mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno untuk pemilihan akan datang. Memang bijak tindakan Hishamudin di dalam perkara ini. Sebenarnya pada pandangan saya ada suatu muslihat di sebalik tindakan beliau sebenarnya.

Persoalannya adalah beranikah KJ nak rebut jawatan berkenaan seperti yang diimpi-impikan oleh beliau ketika ini untuk mendekatkan diri pada post yang lebih tinggi dan lebih berprestig. Yang pasti Mukhriz dan Dr Khir telah mengatakan hasrat untuk bertanding adalah pilihan yang amat tepat dan perlu disokong oleh akar umbi.

Sekiranya KJ ada akal rasional dia tak akan bertanding melainkan dihasut oleh konco-konco di sekeliliing beliau yang menjadi seperti kisah 10 budak hitam yang sering kali membuat onar dan kacau bilau. Sekiranya KJ mengikut kata nafsu di dalam diri dia pasti akan menawarkan diri untuk bertanding maka telah terbukti cita-cita anak muda ini amat besar lebih besar dari cita-cita Mukhriz dan Dr Khir.

KJ kalau dilihat dari penampilan tak ubah seperti sebuah kereta Ferrari yang enjinnya adalah enjin kereta Kancil. Luaran tampak hebat di dalaman tampak kerdil. Mana tidaknya kereta Ferrari berenjinkan Kancil. Pakej KJ boleh dilihat lengkap dari segi IQ (Fizikal) dan EQ (Emosi) sahaja. Tetapi dari segi SQ (Spiritual) agak kelam kabut dik kerana kehendak nafsu dan keinginan tinggi untuk menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia.

Sepatutnya KJ mengkaji sejarah Anwar Ibrahim dan jadikan iktibar. Seperti yang diperkatakan di atas tadi KJ nie enjinnya kancil mudah dihasut oleh 10 budak hitam disekelilingnya. Kalau dia ada SQ tidak mudah untuk dia mengejar hasrat diri. IQ, EQ dan SQ KJ tidak selari sentiasa berpisah-pisah.

Isyarat Hishamudin sebenarnya tampak jelas untuk menarik KJ ke dalam perangkap seperti umpan cacing yang diturunkan dalam sungai hanya menantikan saat ada ikan sesat memagut umpan. Sapa ikan itu dah tentu KJ. Kalau dia nak jadi ikan sesat makan boleh cuba umpan yang dipasang. Yang pastinya ikan sesat ini akan kecundang.

Pada Dr Khir dan Mukhriz saya mencadangkan supaya bertanding dengan matang. Saya yakin ikan sesat ini tidak akan cuba makan umpan yang disediakan melainkan ikan sesat ini gila atau terlampau lapar untuk mengejar kehendak nafsu. Rasa adalah lebih baik sekiranya Dr Khir dan Mukhriz bertanding sekiranya KJ ingin jadi ikan sesat. Sekiranya tidak Dr Khir dan Mukhriz perlu menggunakan budi bicara pewira untuk memikirkan siapa yang perlu diketengahkan samada Mukhriz atau Dr Khir kerana bertembungan kedua-duanya akan merugikan UMNO sedangkan hasrat kedua-dua pemimpin ini adalah jelas dan nyata untuk mengelakkan daripada ikan sesat berpenampilan ferrari ini tidak bercita-cita gila untuk menawarkan diri untuk kedudukan Ketua Pemuda UMNO.

Kepada KJ sekiranya saudara membaca artikel ini fikir-fikirkanlah di mana kedudukan saudara. Umpan Hishamudin telah dipasang hanya menunggu ikan sesat seperti saudara saja memakannya. Cukuplah orang muak dan jelek dengan UMNO kerana perilaku saudara yang kurang SQ. Belajarlah mengenal diri dan Tuhan sebelum hendak menanam hasrat menggunung. Isyarat Hishamudin terhadap saudara amat jelas. Jadi pandai-pandailah untuk menganalisa situasi jangan terlampau mengikut kehendak nafsu dan 10 budak hitam di sekeliling saudara.

Saya berharap semoga Mukhriz atau Dr Khir akan dipilih oleh Pemuda UMNO untuk dijadikan sebagai Ketua. Diharapkan kedua-dua pemimpin ini tidak bercakaran sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing. Sama-sama kita berganding bahu mengubati luka UMNO yang sedang bernanah ini selepas kepincangan yang berlaku. Pemuda, Wanita, Putera dan Putri perlu diubati dengan penampilan sahsiah dengan tidak meminggirkan nilai-nilai spiritual. UMNO masih lagi mementingkan IQ dan EQ tetapi tidak dengan SQ. Selarikanlah ketiga-tiga aspek ini untuk membentuk satu gagasan UMNO yang disegani. IQ, EQ dan SQ wajib diselaraskan baru luka UMNO akan diubati dengan baik sekali.

Sekian wasalam
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Thursday, April 3, 2008

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

Disebabkan mangkuk hayun lahanat Geert Wilder dengan penerbitan dan penyebaran filem dokumentari ‘Fitna’ mari kita sama-sama berganding bahu bertindak mengedarkan senarai produk Belanda untuk diboikot. Biaq jahanam ekonomi lahanat nie. Allahuakbar.

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell –Minyak
9. Ferrero Roche - Coklat
11. Wall’s - Ais Krim
12. Ing -Insurans
13. Planta -Magerin
14. Lady’s Choice -Magerin
15. Lipton -Teh
16. Shell -Minyak
17. Knorr -Perisa Makanan
18. Dove -Mandian
19. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
20. Radiant -Deodoran
21. Rexona -Deodoran
22. Ponds -Produk Kecantikan
23. Kieldsens -Coklat
24. Slimfast -Produk Pelangsing
25. Lego -Kismis
26. Philips -Barangan Elektrik
27. Duyvis -Makanan Ringan
28. Gouda -Keju
29. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
30. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
31. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
32. Labello -Lip Balm
33. Pickwick -Teh
34. Venz -Mentega Coklat
35. Kinder Bueno -Coklat
36. Unilever -Syarikat
37. Sunsilk -Shampoo
38. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
39. Lux -Mandian
40. Vaseline -Lip Balm
41. Cif -Pencuci Lantai
42. Surf -Pencuci Kain
43. Wishbone -Pencuci Kain
44. Doriana - Keju Krim
45. Bertolli -Minyak Masak
46. Clear -Shampoo
47. Breeze -Pencuci Kain
48. Sun -Pencuci Kain

Senarai produk Belanda ini juga boleh diperolehi dengan mengakses ke laman web Pemuda UMNO Malaysia di www.pemuda.com.my dan laman web PPIM di www.muslimconsumer.org.my

mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

FORUM MYKMU OH FORUM MYKMU



Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Tahniah sekali lagi kepada pihak pengajur forum UMNO Pasca Pilihan Raya Umum ke 12: Satu Penilaian pada 1 April lalu. Usaha yang dianjurkan oleh pihak MYKMU adalah sesuatu yang amat dihargai.

Akan tetapi, saya agak ada sedikit terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli UMNO yang menghadiri forum ini yang bertindak kurang rasional terhadap salah seorang peserta forum saudara Sasnizam Adham Ketua Pemuda Cawangan Parit 8 Sekinchan. Dimanakah demokrasi yang dicanang-canang oleh kita selama ini di dalam UMNO? Hanya kerana segelintir pihak yang tidak berpuashati dengan pertanyaan peserta berkenaan dengan bertindak di luar batasan telah menyebabkan seluruh maruah UMNO tercemar dan terpalit kerana tindakan tidak rasional yang telah dipertontonkan kepada media dan umum amnya.

Bagi saya tidak ada salahnya persoalan berkenaan diajukan kepada TDM. Sekurang-kurangnya seluruh peserta di dalam forum dan di luar sana akan dapat mendengar sendiri jawapan dari TDM. Sungguh sayang sekali kerana persoalan yang cuba diajukan oleh peserta berkenaan sebenarnya ada implikasi besar yang boleh diperhalusi sekiranya TDM memberikan hujah pada waktu itu. Secara tidak langsung akan membuka mata semua peserta dan umum amnya tindakan yang diambil oleh TDM pada ketika itu ada betul.

Kita tidak perlu takut dengan persoalan yang cuba diajukan oleh peserta tersebut. Saya amat yakin sekali TDM amat matang dalam memberikan jawapan yang bernas dalam hal yang cuba diketengahkan. TDM bukan calang-calang pemimpin yang gentar dengan perkara berkenaan. Saya yakin TDM sebenarnya hendak menjawap persoalan yang diajukan. Akan tetapi kerana sikap segelintir ahli yang tidak rasional telah menyebabkan berlaku sedikit insiden yang kurang manis.

Tidak kah kita sebagai ahli UMNO terfikir sejenak. Benarkah tindakan yang dibuat pada masa itu? Mengapa kita boleh bertindak sedemikian rupa? Atas dorongan apa yang menyebabkan tindakan itu dibuat?

Budaya samseng di dalam UMNO perlu dikikis kerana tidak ada gunanya menggunakan kekerasan dalam hal ini. Sepatutnya tidak berhemah boleh ditonjolkan oleh ahli UMNO. Ini yang membuatkan orang semakin benci dan muak dengan cara UMNO. Kata ada demokrasi tetapi sebaliknya berlaku. Sakit mata ini memandang perilaku ahli UMNO.

Saya yakin dan amat seyakin-yakinnya, pihak pembangkangn terutamanya PKR akan memainkan propaganda ini untuk meyakinkan umum kebiadapan segelintir ahli UMNO. Kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Semoga di dalam forum yang akan datang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Bertindaklah secara rasional wahai rakan sepejuanganku. Matlamat kita untuk melihat UMNO banggun kembali dalam nafas yang baru setelah terpalit dengan peristiwa hitam PRU12 baru-baru ini.

Kepada saudara Asnizam Adham di harap jangan gentar atau takut untuk bertanya lagi. Jangan serit sekiranya anda ingin menjadi pemimpim yang disegani.

Kepada ahli UMNO yang lain. Kawal emosi dan nafsu ammarah dan bertindaklah menggunakan akal dan iman. Balik kepada Ihsan, Islam dan Iman pasti UMNO akan kembali ke landasan yang diredhai kembali.

Mohon maaf dari saya sekiranya pandangan saya ini dianggap salah dan tidak benar.

Wasalam
mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

Wednesday, April 2, 2008

SUDAH HILANG PERTIMBANGANKAH KITA SEMUA?

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Benar seperti apa yang diperkatakan oleh Ab Jalil Backer dalam hal ini. Saya berikan contoh mudah saja. Dulu masa zaman Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin kita di dalam UMNO dan Perdana Menteri apa yang telah kita lakukan pada beliau yang sememangnya pemimpin Malaysia yang paling berwibawa sepanjang tempoh 50 tahun Malaysia merdeka. Orang di dalam UMNO sendiri menjadi pencadang dan menyokong supaya TDM turun dari kepimpinan tertinggi negara ketika itu. Alangkah sedihnya saya lihat apabila TDM diperlakukan seperti seorang yang tidak ada guna pada negara sedangkan beliaulah yang banyak membawa Malaysia ke persada antarabangsa sehingga nama Malaysia dikenali di seluruh dunia. Sekarang nie Pak Lah pula dijadikan sasaran. Memang diakui bahawa Pak Lah agak kurang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang diharapkan. Ratanya semuanya tahu akan perkara nie. Tapi kita sebagai orang UMNO ketika itu masih berdiam diri membiarkan TDM diperlakukan sedemikian rupa. Tak ramai pemimipin kanan ketika itu berani mempertahankan TDM supaya turun dari takhta masing-masing hendak menjaga periuk nasi kerana beranggapan taring dan bisa TDM sudah tidak boleh dipakai lagi. Tahukah kita semua bahawasanya TDM ketika tu menanti-nanti ahli-ahli UMNO untuk kembali kepadanya, menyokong beliau dari segi moral, semangat dan sebagainya di ketika waktu beliau sedang dijatuhkan oleh orang UMNO sendiri. Ke manakah kita semua ketika itu? Jawaplah wahai saudara/i ku sekalian. Sehingga kini saya masih meletakkan kesalahan dan krisis yang berlaku ketika ini adalah salah kita semua sebagai ahli UMNO yang ingin tidak tahu mengenang budi dan jasa pemimpin berwibawa.

Sekarang ini giliran Pak Lah pula. Oranag UMNO sekali lagi akan memperlakukan perkara yang sama seperti mana yang berlaku pada TDM. Persoalannya adalah adakah kita telah ada pengganti yang lebih baik dari Pak Lah yang dapat memberikan jaminan perkara "kotor" tidak akan berlaku. Saya rasa saudara dan saudari ada jawapannya di dalam kota fikiran ketika nie. Najib. Benarkah Najib boleh diharapkan? Siapa lagi? Berikan nama. Jawapanya sudah tentu kita semua akan jadi seperti si buta yang kehilangan tongkat. Kita akan jadi sebiji mcm si buta untuk mencari pengganti.

Sayang seribu kali sayang. Permata berwibawa yang kita ada dahulu telah dicampak jauh ke dalam "lombong". Amat sedih sekali. Orang UMNO gamaknya dah buta hati sekarang nie. Amat sedih dan sayang sekali saya pada TDM kerana kepimpinan beliau sebenarnya masih diperlukan lagi oleh Malaysia. Tapi apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh nak patah balik dah sekarang nie.

Apa yang saya nampak ketika nie adalah kita sebagai orang UMNO kena bersatu hati untuk membantu Pak Lah. Silapnya Pak Lah kerana halangan dari orang disekelilingnya. Manusia-manusia nie lah yang menjadikan Pak Lah hancur ketika nie. Jangan lah kita jadi seperti pembunuh Hang Nadim kerana ada hasad dan dengki untuk merebut kuasa. Sejarah melayu sendiri banyak menceritakan perihal ini di dalam pelbagai hikayat. Orang melayu memang mudah lupa dan kuat perasaan hasad di dalam diri.

Kembali lah wahai rakan-rakan UMNOku. Periksa diri masing-masing. Kembalilah pada Alif Ba Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair). Kembali pada agama adalah kunci yang dapat menyatupadukan seluruh warga UMNO. Sebenarnya orang UMNO patut berkawan dengan orang PAS. Kalau kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu kerana agama kenapa tidak orang UMNO dan PAS. Sejarah Islam dah buktikan perkara sulit tidak akan menjadi sulit kalau kita kembali pada Islam (Al-Quran dan Hadis).

Sama-samalah kita bantu Pak Lah dengan menyingkirkan manusia-manusia durjana yang ada sekelilingnya yang banyak memberikan maklumat dan input yang sesat lagi durjana.

Akhir kata saya mohon maaf kepada seluruh ahli UMNO yang membaca penulisan saya ini. Hanya Allah saja yang tahu segala kejadian yang berlaku semalam, hari ini dan kemudiannya. Bersatulah seluruh saudaraku. Allahuakbar.

Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

BILA TUN DR MAHATHIR MULA BERKATA-KATA







Tuesday, April 1, 2008

MELAYU AKAN DIPERALAT JIKA ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan diperalat bangsa asing terutamanya golongan Yahudi jika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Perdana Menteri.

Orang Eropah dan Yahudi percaya Penasihat PKR, DSAI akan menjadi PM Malaysia, tidak lama lagi.

“Jadi, kita tahu orang Yahudi dan Eropah percaya Anwar akan jadi PM tak lama lagi, jadi bolehlah cucuk hidung, nak heret ke mana-mana. Kalau orang Melayu hendak di heret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu. Memang Yahudi nak Anwar. Saya fikir kalau dia jadi Perdana Menteri Israel, baguslah,” ujar Tun M ketika menjawab soalan peserta yang menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong (Permata) ke-7 di Georgetown, Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang mendakwa laporan media Israel, Jerusalem Post yang menamakan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.

Sambil menyindir semua orang patut suka pada Anwar, beliau berkata, Anwar banyak kali memburuk-burukkan namanya di seluruh dunia sebagai propaganda politiknya.

KISAH SUFIAH RESAHKAN IBU


SUFIAH YUSOF

LONDON: Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.

Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.

Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid "News of The World" di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.

Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.

Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

"Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.

"Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya," kata Hamidi.

Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.

Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.

"Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan," katanya.