Mamu seperti telah menjangkakan perkara ini akan berlaku di dalam negeri-negeri yang diperintah oleh pihak PKR, DAP dan PAS. Tetapi Mamu tak menyangkakan pula perkara ini timbul begitu cepat kurang dari setahun pemerintahan pihak berkenaan.
Apabila Theresa Kok menyatakan hasrat kerajaan negeri Selangor akan meluluskan projek penternakan khinzir moden di Sepang bernilai RM100 juta, Mamu telah menjangkakan pasti akan jadi perbahasan di antara semua pihak tidak kira samada pihak memerintah atau pembangkang.
Bagi Mamu sekiranya projek ini bertujuan untuk mengumpulkan seluruh binatang ternakan ini yang ada di dalam Malaysia untuk diuruskan dan dikawal selia dengan cara sistematik, moden dan berpusat (centralise) dengan niat supaya dapat menghentikan seluruh penternakan di negeri-negeri lain perkara ini harus disokong.
Alasan untuk menyokong bagi projek ini adalah mudah bagi Mamu sekiranya perkara di bawah ini dapat direalisasikan oleh pihak berkenaan sekiranya ia dijadikan sebagai batu asas projek:-
- Dapat menggurangkan jumlah ladang-ladang ternakan yang sah atau tidak yang diusahakan selama ini di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. Secara tidak langsung negeri-negeri lain bebas dari urusan tadbir selia khinzir.
- Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Seperti kita semua sedia maklum bahawa pencemaran dari najis khinzir ini adalah amat berat dan kritikal ketika ini. Oleh itu dengan cara moden dan berpusat dapat mengurangkan pencemaran di negeri lain samada pencemaran air atau bau.
- Pelaksanaan projek ini juga dapat mengurangkan wabak penyakit berkaitan dari hal khinzir seperti JE (Virus Nipah) kerana ianya hanya akan melibatkan satu sahaja kawasan kerana mengambi kira sistem berpusat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung kawalan penyakit dari binatang ternakan berkenaan tidak merebak ke negeri-negeri lain. Hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.
- Hasil penternakan ini hanyalah untuk keperluan penduduk bukan Islam di dalam Malaysia sahaja dan bukan untuk dieksport. Alasannya adalah mudah, kerana ia dapat dikawal jumlah ternakan mengikut permintaan tempatan. Akan tetapi sekiranya diambil dari aspek eksport maka sudah tentu jumlah akan bertambah. Seperti sedia maklum bertambah jumlah bermakna bertambah masalah. Jadi aspek kawalan jumlah juga perlu diambil kira.
- Apakah jaminan yang akan diberikan oleh pihak pelaksana kepada seluruh penduduk terpilih ini? Sedangkan kawasan mereka ini akan diurus dan diusahakan secara besar-besaran dan berskala besar. Diharapkan pihak pemerintah baru telah menyediaka secukupnya jaminan bagi perkara ini supaya mereka ini tidak dianaktirikan dan teraniaya.
Apa yang menjadi persoalan ketika ini yang bermain di dalam fikiran rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kenapa ISU KHINZIR ini diketengahkan dulu oleh pihak PKR, DAP dan PAS sedangkan perkara-perkara lain yang dijanjikan di dalam manifesto adalah lebih mustahak dan relevan untuk dilaksanakan seperti isu bil air di negeri Selangor. Kenapa agaknya? Ini yang menjadi persoalan semua dan pasti ada agenda disebaliknya.
Hanya dinasihatkan kepada pihak pemerintah yang baru ini dapat mengetengahkan perkara yang tidak ada bersangkutan dengan perkara-perkara yang ada mengaitkan sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Islam seperti Mamu dan yang lain-lain. Perkara ini amat sensitif sebenarnya dan boleh merobek dan menguris setiap hati orang Islam sekiranya projek ini gagal dilaksanakan seperti yang dicanang-canangkan.
Banyak perkara-perkara lain yang perlu juga dilihat terutamanya pihak pemerintah kerana suatu ketika dulu pihak pembangkang seringkali mencemuh pihak kerajaan berkenaan isu ini. Dan ketika ini pihak pemerintah baru perlu berhati-hati supaya tidak dikatakan 2 x 5 atau "Mengata dulang paku serpih mengata orang engkau lagi lebih". Diharapkan perkara ini tidak berlaku pada pihak pemerintah yang baru. Kepada pihak pemerintah terdahulu boleh melihat, mengkaji, belajar dan menambahbaik bagi menanggani isu seperti ini secara ilmiah dan menggunakan akal fikiran yang rasional bukannya menggunakan emosi pada masa akan datang.
Wallahualam
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/
1 comment:
Betul la mamu..
bagi aku, projek ini ibarat mencuci tahi-tahi babi yang UMNO dah taburkan keseluruh pelusuk Malaysia dan Selangor Khususnya.
Kita lihat pula apa akan mereka kata bila kita buat begitu untuk projek ternakan Ayam, kambing dan lembu.
Agak-agaknya pulau apa pulak Dato' Noh Omar nak cadangkan???
Post a Comment