Wednesday, April 2, 2008

SUDAH HILANG PERTIMBANGANKAH KITA SEMUA?

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Benar seperti apa yang diperkatakan oleh Ab Jalil Backer dalam hal ini. Saya berikan contoh mudah saja. Dulu masa zaman Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin kita di dalam UMNO dan Perdana Menteri apa yang telah kita lakukan pada beliau yang sememangnya pemimpin Malaysia yang paling berwibawa sepanjang tempoh 50 tahun Malaysia merdeka. Orang di dalam UMNO sendiri menjadi pencadang dan menyokong supaya TDM turun dari kepimpinan tertinggi negara ketika itu. Alangkah sedihnya saya lihat apabila TDM diperlakukan seperti seorang yang tidak ada guna pada negara sedangkan beliaulah yang banyak membawa Malaysia ke persada antarabangsa sehingga nama Malaysia dikenali di seluruh dunia. Sekarang nie Pak Lah pula dijadikan sasaran. Memang diakui bahawa Pak Lah agak kurang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang diharapkan. Ratanya semuanya tahu akan perkara nie. Tapi kita sebagai orang UMNO ketika itu masih berdiam diri membiarkan TDM diperlakukan sedemikian rupa. Tak ramai pemimipin kanan ketika itu berani mempertahankan TDM supaya turun dari takhta masing-masing hendak menjaga periuk nasi kerana beranggapan taring dan bisa TDM sudah tidak boleh dipakai lagi. Tahukah kita semua bahawasanya TDM ketika tu menanti-nanti ahli-ahli UMNO untuk kembali kepadanya, menyokong beliau dari segi moral, semangat dan sebagainya di ketika waktu beliau sedang dijatuhkan oleh orang UMNO sendiri. Ke manakah kita semua ketika itu? Jawaplah wahai saudara/i ku sekalian. Sehingga kini saya masih meletakkan kesalahan dan krisis yang berlaku ketika ini adalah salah kita semua sebagai ahli UMNO yang ingin tidak tahu mengenang budi dan jasa pemimpin berwibawa.

Sekarang ini giliran Pak Lah pula. Oranag UMNO sekali lagi akan memperlakukan perkara yang sama seperti mana yang berlaku pada TDM. Persoalannya adalah adakah kita telah ada pengganti yang lebih baik dari Pak Lah yang dapat memberikan jaminan perkara "kotor" tidak akan berlaku. Saya rasa saudara dan saudari ada jawapannya di dalam kota fikiran ketika nie. Najib. Benarkah Najib boleh diharapkan? Siapa lagi? Berikan nama. Jawapanya sudah tentu kita semua akan jadi seperti si buta yang kehilangan tongkat. Kita akan jadi sebiji mcm si buta untuk mencari pengganti.

Sayang seribu kali sayang. Permata berwibawa yang kita ada dahulu telah dicampak jauh ke dalam "lombong". Amat sedih sekali. Orang UMNO gamaknya dah buta hati sekarang nie. Amat sedih dan sayang sekali saya pada TDM kerana kepimpinan beliau sebenarnya masih diperlukan lagi oleh Malaysia. Tapi apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh nak patah balik dah sekarang nie.

Apa yang saya nampak ketika nie adalah kita sebagai orang UMNO kena bersatu hati untuk membantu Pak Lah. Silapnya Pak Lah kerana halangan dari orang disekelilingnya. Manusia-manusia nie lah yang menjadikan Pak Lah hancur ketika nie. Jangan lah kita jadi seperti pembunuh Hang Nadim kerana ada hasad dan dengki untuk merebut kuasa. Sejarah melayu sendiri banyak menceritakan perihal ini di dalam pelbagai hikayat. Orang melayu memang mudah lupa dan kuat perasaan hasad di dalam diri.

Kembali lah wahai rakan-rakan UMNOku. Periksa diri masing-masing. Kembalilah pada Alif Ba Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair). Kembali pada agama adalah kunci yang dapat menyatupadukan seluruh warga UMNO. Sebenarnya orang UMNO patut berkawan dengan orang PAS. Kalau kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu kerana agama kenapa tidak orang UMNO dan PAS. Sejarah Islam dah buktikan perkara sulit tidak akan menjadi sulit kalau kita kembali pada Islam (Al-Quran dan Hadis).

Sama-samalah kita bantu Pak Lah dengan menyingkirkan manusia-manusia durjana yang ada sekelilingnya yang banyak memberikan maklumat dan input yang sesat lagi durjana.

Akhir kata saya mohon maaf kepada seluruh ahli UMNO yang membaca penulisan saya ini. Hanya Allah saja yang tahu segala kejadian yang berlaku semalam, hari ini dan kemudiannya. Bersatulah seluruh saudaraku. Allahuakbar.

Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

1 comment:

serilanang said...

ada betulnya kata saudara..