Friday, April 4, 2008

ISYARAT HISHAMUDIN PADA KJ

Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Saya amat tertarik dengan isu bila Hishamudin mengatakan hasrat tidak akan mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno untuk pemilihan akan datang. Memang bijak tindakan Hishamudin di dalam perkara ini. Sebenarnya pada pandangan saya ada suatu muslihat di sebalik tindakan beliau sebenarnya.

Persoalannya adalah beranikah KJ nak rebut jawatan berkenaan seperti yang diimpi-impikan oleh beliau ketika ini untuk mendekatkan diri pada post yang lebih tinggi dan lebih berprestig. Yang pasti Mukhriz dan Dr Khir telah mengatakan hasrat untuk bertanding adalah pilihan yang amat tepat dan perlu disokong oleh akar umbi.

Sekiranya KJ ada akal rasional dia tak akan bertanding melainkan dihasut oleh konco-konco di sekeliliing beliau yang menjadi seperti kisah 10 budak hitam yang sering kali membuat onar dan kacau bilau. Sekiranya KJ mengikut kata nafsu di dalam diri dia pasti akan menawarkan diri untuk bertanding maka telah terbukti cita-cita anak muda ini amat besar lebih besar dari cita-cita Mukhriz dan Dr Khir.

KJ kalau dilihat dari penampilan tak ubah seperti sebuah kereta Ferrari yang enjinnya adalah enjin kereta Kancil. Luaran tampak hebat di dalaman tampak kerdil. Mana tidaknya kereta Ferrari berenjinkan Kancil. Pakej KJ boleh dilihat lengkap dari segi IQ (Fizikal) dan EQ (Emosi) sahaja. Tetapi dari segi SQ (Spiritual) agak kelam kabut dik kerana kehendak nafsu dan keinginan tinggi untuk menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia.

Sepatutnya KJ mengkaji sejarah Anwar Ibrahim dan jadikan iktibar. Seperti yang diperkatakan di atas tadi KJ nie enjinnya kancil mudah dihasut oleh 10 budak hitam disekelilingnya. Kalau dia ada SQ tidak mudah untuk dia mengejar hasrat diri. IQ, EQ dan SQ KJ tidak selari sentiasa berpisah-pisah.

Isyarat Hishamudin sebenarnya tampak jelas untuk menarik KJ ke dalam perangkap seperti umpan cacing yang diturunkan dalam sungai hanya menantikan saat ada ikan sesat memagut umpan. Sapa ikan itu dah tentu KJ. Kalau dia nak jadi ikan sesat makan boleh cuba umpan yang dipasang. Yang pastinya ikan sesat ini akan kecundang.

Pada Dr Khir dan Mukhriz saya mencadangkan supaya bertanding dengan matang. Saya yakin ikan sesat ini tidak akan cuba makan umpan yang disediakan melainkan ikan sesat ini gila atau terlampau lapar untuk mengejar kehendak nafsu. Rasa adalah lebih baik sekiranya Dr Khir dan Mukhriz bertanding sekiranya KJ ingin jadi ikan sesat. Sekiranya tidak Dr Khir dan Mukhriz perlu menggunakan budi bicara pewira untuk memikirkan siapa yang perlu diketengahkan samada Mukhriz atau Dr Khir kerana bertembungan kedua-duanya akan merugikan UMNO sedangkan hasrat kedua-dua pemimpin ini adalah jelas dan nyata untuk mengelakkan daripada ikan sesat berpenampilan ferrari ini tidak bercita-cita gila untuk menawarkan diri untuk kedudukan Ketua Pemuda UMNO.

Kepada KJ sekiranya saudara membaca artikel ini fikir-fikirkanlah di mana kedudukan saudara. Umpan Hishamudin telah dipasang hanya menunggu ikan sesat seperti saudara saja memakannya. Cukuplah orang muak dan jelek dengan UMNO kerana perilaku saudara yang kurang SQ. Belajarlah mengenal diri dan Tuhan sebelum hendak menanam hasrat menggunung. Isyarat Hishamudin terhadap saudara amat jelas. Jadi pandai-pandailah untuk menganalisa situasi jangan terlampau mengikut kehendak nafsu dan 10 budak hitam di sekeliling saudara.

Saya berharap semoga Mukhriz atau Dr Khir akan dipilih oleh Pemuda UMNO untuk dijadikan sebagai Ketua. Diharapkan kedua-dua pemimpin ini tidak bercakaran sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing. Sama-sama kita berganding bahu mengubati luka UMNO yang sedang bernanah ini selepas kepincangan yang berlaku. Pemuda, Wanita, Putera dan Putri perlu diubati dengan penampilan sahsiah dengan tidak meminggirkan nilai-nilai spiritual. UMNO masih lagi mementingkan IQ dan EQ tetapi tidak dengan SQ. Selarikanlah ketiga-tiga aspek ini untuk membentuk satu gagasan UMNO yang disegani. IQ, EQ dan SQ wajib diselaraskan baru luka UMNO akan diubati dengan baik sekali.

Sekian wasalam
Mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

No comments: