Thursday, April 3, 2008

FORUM MYKMU OH FORUM MYKMU



Assalamualaikum wbt dan salam pejuangan,

Tahniah sekali lagi kepada pihak pengajur forum UMNO Pasca Pilihan Raya Umum ke 12: Satu Penilaian pada 1 April lalu. Usaha yang dianjurkan oleh pihak MYKMU adalah sesuatu yang amat dihargai.

Akan tetapi, saya agak ada sedikit terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli UMNO yang menghadiri forum ini yang bertindak kurang rasional terhadap salah seorang peserta forum saudara Sasnizam Adham Ketua Pemuda Cawangan Parit 8 Sekinchan. Dimanakah demokrasi yang dicanang-canang oleh kita selama ini di dalam UMNO? Hanya kerana segelintir pihak yang tidak berpuashati dengan pertanyaan peserta berkenaan dengan bertindak di luar batasan telah menyebabkan seluruh maruah UMNO tercemar dan terpalit kerana tindakan tidak rasional yang telah dipertontonkan kepada media dan umum amnya.

Bagi saya tidak ada salahnya persoalan berkenaan diajukan kepada TDM. Sekurang-kurangnya seluruh peserta di dalam forum dan di luar sana akan dapat mendengar sendiri jawapan dari TDM. Sungguh sayang sekali kerana persoalan yang cuba diajukan oleh peserta berkenaan sebenarnya ada implikasi besar yang boleh diperhalusi sekiranya TDM memberikan hujah pada waktu itu. Secara tidak langsung akan membuka mata semua peserta dan umum amnya tindakan yang diambil oleh TDM pada ketika itu ada betul.

Kita tidak perlu takut dengan persoalan yang cuba diajukan oleh peserta tersebut. Saya amat yakin sekali TDM amat matang dalam memberikan jawapan yang bernas dalam hal yang cuba diketengahkan. TDM bukan calang-calang pemimpin yang gentar dengan perkara berkenaan. Saya yakin TDM sebenarnya hendak menjawap persoalan yang diajukan. Akan tetapi kerana sikap segelintir ahli yang tidak rasional telah menyebabkan berlaku sedikit insiden yang kurang manis.

Tidak kah kita sebagai ahli UMNO terfikir sejenak. Benarkah tindakan yang dibuat pada masa itu? Mengapa kita boleh bertindak sedemikian rupa? Atas dorongan apa yang menyebabkan tindakan itu dibuat?

Budaya samseng di dalam UMNO perlu dikikis kerana tidak ada gunanya menggunakan kekerasan dalam hal ini. Sepatutnya tidak berhemah boleh ditonjolkan oleh ahli UMNO. Ini yang membuatkan orang semakin benci dan muak dengan cara UMNO. Kata ada demokrasi tetapi sebaliknya berlaku. Sakit mata ini memandang perilaku ahli UMNO.

Saya yakin dan amat seyakin-yakinnya, pihak pembangkangn terutamanya PKR akan memainkan propaganda ini untuk meyakinkan umum kebiadapan segelintir ahli UMNO. Kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Semoga di dalam forum yang akan datang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Bertindaklah secara rasional wahai rakan sepejuanganku. Matlamat kita untuk melihat UMNO banggun kembali dalam nafas yang baru setelah terpalit dengan peristiwa hitam PRU12 baru-baru ini.

Kepada saudara Asnizam Adham di harap jangan gentar atau takut untuk bertanya lagi. Jangan serit sekiranya anda ingin menjadi pemimpim yang disegani.

Kepada ahli UMNO yang lain. Kawal emosi dan nafsu ammarah dan bertindaklah menggunakan akal dan iman. Balik kepada Ihsan, Islam dan Iman pasti UMNO akan kembali ke landasan yang diredhai kembali.

Mohon maaf dari saya sekiranya pandangan saya ini dianggap salah dan tidak benar.

Wasalam
mamupenang2020
http://mamupenang165.blogspot.com/

1 comment:

Unknown said...

pd pendapat saya, mmg tak patut saudara yg bertanya tu dibawak keluar drp majlis sebelum habis soalan dia. dan reaksi org2 dlm dewan tu pun mmg tak patut. walau bagaimanapun TDM, sepatutnya boleh menegur/membetulkan keadaan disitu pd masa itu jugak. TDM boleh memanggil semula sauadara yg bertanya tu kedalam dewan. Jadi saya musykil kenapa TDM membiarkan saja hal ini berlaku didepan beliau..